Kesimpulannya, karangan ini....

"Peningnya kak, macam mana nak bagi markah ni?" keluh Cikgu Kinah

"Kenapa?"

"Nak kena right karangan anak-anak murid ni"
Maka, petang tersebut dihiasi gelak-tawa dan pening lalat yang saling bertukar-ganti. Masing-masing cuba membantu Sang Guru Baru membetulkan struktur dan tatabahasa karangan pelbagai tajuk. Kamus Dewan Bahasa dan Kitab Tatabahasa diselak berulangkali untuk mencari jawapan. Malah menggunakan talian hayat Cikgu Bahasa Melayu SK Tapah, Hulu Terengganu untuk mengukuhkan kefahaman.


Karangan di atas bukan karangan anak murid Cikgu Kinah

Wahai cikgu-cikgu & kawan-kawan di luar sana, berapa markah mahu diberikan kepada anak merdeka ini?

*Ibu bapa, mereka seperti sepatutnya memain peranan memastikan kawan anak mereka baik. Kesimpulannya, akhirnya karangan ini telah dapat menceritakan tentang diri saya.

Gelak sadis bersambungan lagi!

Kala anak-anak merdeka Malaysia masih terkial-kial menulis karangan Bahasa Melayu, 'bapak-bapak penguasa' masih mendendangkan lagu basi menegakkan benang basah berlabel PPSMI. Adakah kerana malu menjilat ludah?

Di mana logiknya pemantapan Bahasa Inggeris dilakukan melalui pelajaran kemahiran seperti Matematik dan Sains? Kenapa tidak dimantapkan pelajaran itu sendiri? Sudahlah ramai guru dipaksa akur mengajar pelajaran bukan opsyen (termasuklah Sang Guru di AZ dengan opsyen Sains dikerah mengajar Bahasa Melayu), para guru Sains Matematik pula dipaksa menguasai terma-terma Inggeris.

Aduhai Malaysia, bangsa sawo matang ini telah lama menderita seperti mereka di Gaza. Tulisan jawi berkubur tak bertanda, sesekali menjelma seolah bebayang cuma. Bahasa jiwa bangsa diperkuda di lorong 1-10 Sport Toto; diperjudi semahunya. Ucaptama pejuang bahasa bangsa dipandang dingin, dibiar berkokok di tangga. Apatahlagi bicara agamawan kita mohon dibaiki tingkat iman anak-anak kita dilabel punca kemunduran negara. Aduhai Malaysia, kenapa begini nasib kita?

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum (bangsa) melainkan kaum itu sendiri mengubah nasibnya.”
Surah Ar-Ra’d ayat 11

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Makhluk bagi komen