Jumaat 010808 - Gerhana Matahari

GERHANA TERBAHARU2010 klik di sini


Gerhana Matahari Pada Jumaat
KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Gerhana penuh matahari akan berlaku pada Jumaat ini dan boleh dilihat dengan jelas dari Kanada Selatan (Nunavut), kawasan tengah Rusia, barat Mongolia dan China. Mengikut kenyataan Agensi Angkasa Negara, gerhana separa matahari pula dapat dilihat dari kawasan timur Amerika Utara dan kebanyakan negara Eropah dan Asia.

Gerhana penuh matahari itu tidak dapat dilihat di Malaysia tetapi beberapa laman web akan menyiarkan gerhana matahari itu secara langsung. Laman-laman web tersebut adalah:
http://www.exploratium.edu/eclipse, http://sems1.cs.und.edu/~sems/index.php, http://novosibirskguide.com/eclipse~2008/live-broadcasting, http://www.atlaspost.com/2008tse dan http://www.live_eclipse.org/ .
- BERNAMA


Berikut merupakan lebih-kurang terjemahan daripada web Xinhuanet http://news.xinhuanet.com/english/2008-07/29/content_8837475.htm

Gerhana matahari penuh akan berhenti semasa matahari tenggelam di Xi'an, ibu negeri Shanxi. ITS akan menyediakan siaran langsung liputan di sana bermula jam 6.20-8.00pm di internet. Dua orang pakar astronomi akan mengadakan perbincangan secara online.


Nanjing Purple Mountain Observatory of CAS ( http://www.pmo.jsinfo.net/ ) dan Shanghai Astronomical Observatory Online ( www.astron.sh.cn/live/2008eclipse ) juga akan bersiaran secara langsung.


Pemandangan gerhana yang paling sempurna dapat dilihat di Yiwu, 500km ke timur Urumqi, ibu negeri Xinjiang. Ia akan bermula sekitar jam 7 malam (masa beijing) dan berlaku selama lebih-kurang dua minit sahaja.

*Berdasarkan pengalaman semasa penulis berada di Beijing, tiada perbezaan masa antara Malaysia dan Beijing (cuma berbeza dari segi jumlah penerimaan cahaya matahari)Bermakna, ia berlaku semasa jam 7 malam. Jangan ketinggalan untuk mengikutinya pada masa tersebut di lama-laman web yang disebutkan di atas.

*Solat sunat gerhana jangan dilupa ya! (Mmm..ada sesiapa yg arif?..tolong)
**Gambar 1: Kawasan yang terlibat
Gambar 2: Diagram gerhana matahari
Gambar 3 & 4: Gerhana matahari pada 11 Ogos 1999


* Opss...solat gerhana cuma boleh didirikan oleh mereka yang melihat gerhana...so orang di Xi'an
silala solat gerhana

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Makhluk bagi komen