Hutang keliling pinggang

Didatangi surat minta hutang daripada UM 'menambahsesakkan' otak yang tengah berselirat dengan laporan perkembangan kajian untuk tatapan (baca:kritikan) Prof. Pinjaman yang aku buat pada tahun 2005 lalu berjumlah RM 2000 dan surat kutipan hutang (baca:along halal =P) menunjukkan ia telah mula berbunga menjadikan ia berjumlah RM2140! Tidak pula aku tahu bahawa Pinjaman Yayasan Lim Lian Teng ini punya bunga (Riba!). Belum lagi ditambah bebanan hutang PTPTN. Sebagaimana semua maklum, ia berbunga sebanyak 3% daripada jumlah baki terkumpul. Setelah enam bulan membayarnya (RM100x6bulan), aku hanya membayar lebih kurang sejumlah RM300.00 sahaja.Hangin satu badan!

Otakku ligat memikirkan di mana mahu dikaut duit sebanyak itu, sedangkan akaun simpananku hampir kering dek bayaran yuran pengajian Master pada minggu lepas. Andai duit 'claim' dapat diambil dalam masa terdekat pun ia hanya melangsaikan separuh daripada hutang tersebut.

Yang pasti aku mesti menelefon orang berkenaan supaya dibenarkan menyelesaikannya peringkat demi peringkat. Surat pembayaran hutang ini tidak sekali pun muncul di alamat rumahku. Sekarang secara tiba-tiba diminta menyelesaikannya dalam masa 10 hari dari tarikh surat (2/7/08). Urghh!..By hook or by crook, this problem need to be settle down by tomorrow.

Doa ini elok untuk diamal bagi melepaskan diri daripada hutang-piutang:

بسم الله الرحمن الرحيم


أللهم إني أعوذ بك من الهم والحزن


وأعوذ بك من العجز والكسل


وأعوذ بك من الجبن والبخل


وأعوذ بك من غلبة الدين وقهر الرجال

allaahumma innii a'uudzu bika minal hammi wal hazan

allaahumma innii a'uudzu bika minal hammi wal hazan
wa a'uudzu bika minal 'ajzi wal kasal
wa a'uudzu bika minal jubni wal bukhul
wa a'uudzu bika min ghalabatid daini wa qahril rijaal.


Ya ALLAH, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari kegundahan hati dan kesedihan
dan aku berlindung kepadaMu dari sifat lemah dan malas
dan aku berlindung kepadaMu dari sifat penakut dan bakhil
dan aku berlindung kepadaMu dari lilitan hutang dan tekanan orang


Catatan:
Abu Umamah (ra) dapat membayar hutangnya tidak lama selepas dia mengamalkan doa yang disarankan oleh Rasulullah SAW. (HR Abu Dawud)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Makhluk bagi komen