Dosa-Taubat

Ingatan untuk diri;

Sabda Rasulullah S.A.W kepada Aisyah R.A,
"Wahai Aisyah, takutlah kamu melakukan dosa-dosa kecil. Sesungguhnya dari hadapan ALLAH, dia akan menuntut"

Dan ingatlah pula pada perkataan Tabi'i yang agung, Bilal bin Sa'd,
"Janganlah kamu memandang pada kecilnya kesalahan, akan tetapi pandanglah kepada siapa kamu bermaksiat"

Demi ALLAH, yang manakala kamu sedar bahawa anak Adam (manusia) pertama kali diletakkan dalam kuburnya, maka kubur itu menyapanya,
"Hai anak Adam, apa yang menipumu sehingga kamu lupa padaku, tidakkah kamu tahu bahawa aku adalah rumah cacing, tidakkah kamu tahu bahawa aku adalah rumah terpencil, dan tidakkah kamu tahu bahawa aku adalah rumah gelap. Aku telah mempersiapkan untukmu, lalu apa yang kamu persiapkan untukku?" Tiada hal lain setelah kamu menemui perkataan itu dihadapanmu, kecuali bertaubat kepada ALLAH Azza wa Jalla.

Dipetik daripada 50 PESAN RASULULLAH S.A.W KEPADA KAUM WANITA tulisan Syeikh Majdi Fathi Ibrahim

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Makhluk bagi komen