~Dari kerana mata~


Diriwayatkan daripada Aisyah r.a, isteri Nabi S.A.W bahawa dia berkata,
"Jika Rasulullah S.A.W sakit, maka Jibrail menangkalkannya, seraya mengucapkan,
"Dengan nama ALLAH yang menyembuhkanmu daripada setiap penyakit, yang menyembuhkanmu daripada kejahatan orang yang dengki apabila dia mendengki, dan daripada kejahatan setiap yang punya mata"1

Diriwayatkan daripada Abu Sa'id, bahawa Jibrail mendatangi Nabi S.A.W, seraya berkata,
" Wahai Muhammad, apakah kau sakit?"
"Benar", jawab baginda.
Lalu Jibrail berkata,
"Dengan nama ALLAH aku menangkalmu daripada setiap sesuatu yang menyakitimu, daripada kejahatan setaip orang atau pandangan mata yang mendengki. Semoga ALLAH menyembuhkanmu. Dengan nama ALLAH aku menangkalmu."2

1 Hadis sahih, ditakhrij oleh Muslim, Juz. XIV, hal. 170 dan Ahmad, Juz VI, hal. 160.
2 Hadis sahih, ditakhrij oleh Muslim, Juz. XIV, hal. 170 dan Ahmad, Juz VI, hal. 3523.

Begitu jua doaku untuk Kak Irah, mangsa busuk hati manusia..Ameen.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Makhluk bagi komen