Assalamualaikum & salam sejahtera.
Catatan lepas, 14 September cuma tiga baris.
Fizikal hidup, jiwa terasa mati. Alangkah!Masih hidup. Belum mati. Alhamdulillah.
Dalam dingin malam 111111 (nak jugak tulis tarikh cun), rasa hati tak tertahan menyelami kisah benar tawa ria Noorah Kathryn Abdullah menghadam nikmat derita yang si Dia turunkan. SubhanAllah...Noorah satu tiada dua.
Noorah Kathryn Abdullah |
Alhamdulillah...hati kecil ini masih lembut rupanya. Beberapa ketika, saya merasakan ada yang tidak kena pada hati ni. Kering dan beku. Mendengar kalimah Allah, cerita-cerita Baginda Rasulullah SAW, cerita pilu warga dunia cuma sekadar mendengar. Singgah di jiwa dalam batas seketika. Jiwa yang keras bermakna mati. Apa guna hidup dengan hati yang mati?
Saat bacaan tiba di kalam Noorah bermimpikan Baginda SAW, tegak roma di badan, merasakan andai Dia Kekasih Allah hadir dalam mimpi. Allah...serentak tu juga terasa ada siraman air mawar dalam hati. Dingin dan nyaman membasahkan hati. (T_T)
SubhanAllah...WalhamdulIllah...Allahuakbar!
Malam tadi cukup indah. Tidur yang indah disulam untaian selawat cinta buat insan tersangat mulia bernama Muhammad Rasulullah.
Noorah
Pengarang : Ummu Hani Abu Hassan
Tebal : 304
ISBN : 978-983-097-310-4
Harga : W/M:RM20.00 E/M:RM22.00
Sebuah bacaan yang penuh inspirasi, ketabahan seorang wanita menghadapi bermacam-macam siri ujian daripada Allah wajar ditekuni oleh pembaca! NOORAH merupakan sebuah kisah benar mengenai kisah hidup seorang wanita Inggeris berhati tabah. Perjalanan hidupnya penuh dengan cubaan. Zaman remaja dilatari dengan pelbagai tragedi hitam sehingga dia disumbat ke penjara Yorkshire. Sama saja bagi Kathryn Bennet sama ada dia tinggal di rumah atau menghuni penjara juvana di Yorkshire. Kedua-duanya dahsyat dan teruk. Namun segalanya berubah selepas dia berhijrah ke Bahrain, seterusnya ke London untuk bergelar Muslimah. Itu saatnya dia sentiasa dapat menghirup sisa manis dalam wadah ujian Allah. Maka dia masih boleh tenang melalui kepahitan hidup berumah tangga. Dia pasrah meredah ribuan kilometer untuk menjejaki tiga anak yang dilarikan bekas suami. Dia redha bergelar ibu tunggal kali kedua dan sekali gus mengambil peranan ayah untuk menyara enam orang anak di kota London. Dia juga mampu sabar diuji penyakit digeruni. Kerana dia yakin dengan besarnya hikmah di sebalik musibah.
Nota Daging Korban: Buku Travelog Tarbiah: Noorah terbitan Galeri Ilmu Sdn Bhd catatan Ummu Hani Abu Hassan. Boleh di beli di SINI. Atau mahukan tandatangan penulis boleh mohon di SINI, InsyaAllah.
Nota Daging Korban 2: Ummu yg manis, moga doa kita mahu bersahabat hingga ke syurga terangkat ke langit sana.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Makhluk bagi komen