Assalamualaikum & salam sejahtera
Jumaat datang lagi.
SubhanALLAH.
Khadam Allah yang tidak pernah leka
Satu persatu kiraannya
Tidak pernah cepat
Apatah lagi terlambat
Khadam Allah; Masa
Taat penuh patuh ia
pada janji-Nya
cuma aku
hamba yang hina
tercicir mengejarnya
Khadam Allah; masa
mahukah kau belas kepadaku
lelah mengejarmu
dalam jerih mengutuk diri
cuai memanfaatkanmu
Khadam Allah; masa
andai kau bertutur bahasa manusia
barangkali kutukmu
aku manusia tak untung diri
meminta pada makhluk jua
waima kepadamu masa
Khadam Allah; masa
mungkin juga
kau menempelakku
manusia hina
mohon pada Dia
Yang Maha Mulia
yang memberkahi segala ada
Duhai pemilik hati
pemilik segala yang dipinjam
kasihani hamba yang hina
berkahi masa
Hamba yang hina
Di sisi Allah yang Maha Mulia
Mengharap syafaat Baginda
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم
Faiz Faiza
Sudut sunyi
Kutubkhanah UniMalaya
29 hari bersisa
1 Julai 2011
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Makhluk bagi komen