Fakir di Sana?




Image hosted by   Photobucket.com 
Assalamualaikum & salam sejahtera

Tadi, saya mengira syiling di dalam dompet dengan rasa tersangat susah hati. Terasa sangat fakir.

Mudah-mudahan bukan ini yang akan di alami di SANA kelak. Bukan saya, bukan kamu. Kita sama-sama usaha jadi golongan terbaik. Teringat kata-kata Dr. Muhayya, "Kita tidak mahu jadi yang terbaik. Kita mahu jadi seorang dikalangan mereka yang terbaik."

Sepanjang perjalanan pulang daripada kelas umum di Seksyen 13, Shah Alam ke UM, mulut tidak mahu berhenti berdoa. Rabbi yassir wala tuassir. Juga selawat ke atas Baginda Muhammad SAW. Saya percaya dan mahu tetap percaya, pertolongan DIA melewati segala-galanya.

Perit menahan lapar. Perlahan, hati kecil berbisik. Faiz, berdoalah. DIA Maha Mendengar. Doa hamba kerdil ini, moga perit ini yang mengingatkan saya derita anak-anak kecil Palestin menjadi salah satu pemberat amal di sana kelak.

Penganggur terhormat
Perpustakaan Universiti Malaya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Makhluk bagi komen