Rendah Gunung Tinggi Harapan

Bismillahirrahmanirrahim



Mimpiku berkisah tentang harapan.
Tiada darah pekat, juga bingit bom hangat.
Bumi menghijau bukan lagi memerah pekat
bagai kilauan berlian dari renek peluh, di selubungi rias
sang pelangi yang tak mahu pergi.
Sungguh indah walau lelah mengiring kudrat
namun kudrat masih kuat
untuk menongkah bahagia baru
dalam gurun pembangunan insan yang
mencari tatoo bahagia
walau hingga akhirat mendatang.



Mimpiku semalam, hanya sebuah mimpi
tapi cukup memberi senyum
sepanjang hariku mengharap moga benar
akan bahagia bumi kita dalam rahmat kedamaian.
Petikan di atas merupakan suara hati Dayya bertajuk Rahmat Kedamaian. Getar hati ini punya getar rasa yang sama.

Gambar-gambar oleh Ahmad Mesleh  web http://eyeonpalestine.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Makhluk bagi komen