Rapuh

Hati ibarat bunga; perlu dibaja & dijaga
Bismillahirrahmanirrahim


Nota buat diri yang pelupa;

“Tidak berganjak kedua-dua kaki seorang hamba pada Hari Kiamat sehingga ia disoal mengenai UMURnya pada perkara apakah ia habiskan, ilmunya untuk apakah ia gunakan, harta bendanya dari manakah ia peroleh dan pada apakah ia belanjakan, mengenai tentang tubuh badannya pada perkara apakah ia susutkan kemudaan serta kecergasan...nya.” (HR Tarmizi).

Malam tadi teman serumah hatinya terluka lagi. Minggu sudah teman yang lain juga terluka. Mulut ini pisaunya. Bukan hati. Mulut ini terlebih ringan menegur tanpa hikmah.  Tapi berat meminta izin. Walhasil, hati sendiri luka. Sangat rapuh kebelakangan ini. Membanding-banding diri dengan rakan-rakan seusia; sudah jauh ke hadapan. Hati ini terperosok jatuh jauh ke dalam.

Bukan ini yang saya mahukan di ambang usia 27 tahun. 

Itu baru hubungan dengan manusia.  Di mana pula hubungan dengan Dia?

Hari-hari terasa sangat pantas. Setiap kali memasuki hari baru, terasa kerdilnya diri.  Dalam keadaan pintu syurga dibuka seluasnya pun diri yang hina ini masih berkira denganNya. Amal cuma secebis. Tapi doanya sedepa. Ya Rahman Ya Rahim, ampuni dosa-dosaku , dosa Abah Ibu, sayangi mereka sebagaimana mereka menyayangiku...peluk erat diri ini Ya Allah. Tidak mahu jauh dariMu Ya Rabb.

 Moga usia yg bertambah & umur yg berkurang merubah diri ini menjadi hamba yg bertakwa (2:183), diterangkan hati & dipermudahkan utk menyiapkan penulisan tesis, anak yg solehah, menjadi insan yg memberi manfaat dan beroleh kejayaan di dunia & akhirat, selamat drpd api neraka. Amin

Mohon doanya teman-teman. Doa supaya saya bukan ditakuk lama. Bukan ditakuk tingkat iman & takwa yang sama. Utk hati2 yg terluka, maafkan diri ini; hamba yg hina.

“ Carilah hatimu di tiga tempat..Carilah hatimu sewaktu bangun membaca Al-Quran.Jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak engkau temui, carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati. Jika engkau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru, kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati.” (Imam Al-Ghazali) 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Makhluk bagi komen