Mati tidak akan menyesal, luka tidak akan menyiuk


*Nota ini ditulis dengan harapan sedikit-sebanyak membantu mahasiswa mengetahui langkah-langkah untuk mengeluarkan duit KWSP (Akaun 2) untuk tujuan pendidikan (pembayaran yuran semester pengajian) sama ada akaun sendiri ataupun ibu bapa.


Assalamualaikum & salam sejahtera,


Hari-hari terus berlari meninggalkan manusia-manusia alpa seperti saya. Semester 5 sudah menjengukkan diri.


Mati tidak akan menyesal, luka tidak akan menyiuk


Harapan tipis untuk menangguhkan semester ke awal tahun depan hancur berkecai seperti juga harapan Itali untuk mempertahankan kejuaraan mereka dalam WC 2010. Alasan kekangan kewangan ditolak mentah-mentah oleh pihak institut lab tingkat 7. Haishh...
Prof. pernah mention sebelum ni yang dia tak akan benarkan sesiapa defer sem selepas ni sebab everybody yang defer akhirnya tak grad. Kecuali yang pregnant etc. PPS akan query why all of our student defer and non graduate?

You all tak kena. Kami yang akan kena bombard!
Fine! Siri diskusi di Muka Buku di kalangan geng2 senior lab diadakan. Siri sokong-menyokong semangat kawan-kawan termasuk dalam pakej. Beruntung ada kawan yang saling mengukuh, kan?

Korek duit tabung
Kami semua susah hati. Duit tabung masing-masing tak mencukupi untuk membayar yuran pengajian. Option yang ada ialah menggunakan duit akaun 2 KWSP.

Macam mana cara?

Meh, saya ceritakan.
  1. Untuk pertamanya, eloklah kita baca dulu syarat-syarat untuk membolehkan pengeluaran wang atas alasan pendidikan. Baca di sini.
  2. Muat turun Borang Pengeluaran KWSP. Isi dengan menggunakan PEN HITAM sahaja
  3. Dapatkan surat pengesahan pengeluaran KWSP daripada universiti masing-masing. Muat turun borang tersebut di sini (jika kalian mahasiswa UKM) - Jabatan Bendahari UKM memerlukan 5 hari bekerja untuk menyediakan surat tersebut (jangan tanya saya kenapa 5 hari, ok)
  4. Bawa surat pengesahan universiti (No. 3) dan semua salinan fotokopi dokumen yang diperlukan. Jangan lupa bawa salinan asal ke KWSP berdekatan. Pegawai KWSP boleh tolong sahkan (baca: cop) salinan dokumen.
  5. Sabar dan tunggu nombor giliran anda dipanggil. (KWSP Kajang ; bersebelahan Stesen Bas Kajang tidak terlalu ramai pelanggan; setakat 2 kali pemerhatian aje)
  6. Pegawai akan membuat semakan. Cop ibu jari kiri & kanan. Boleh juga mohon untuk pegawai cetak penyata akaun. Pengeluaran pendidikan hanya menggunakan Akaun 2. (Dengar cerita, Akaun 1 boleh dikeluarkan untuk takaful...betul ke?)
  7. Pegawai akan cetak satu salinan menunjukkan bahawa permohonan tersebut sedang diproses dan akaun tidak mempunyai masalah.
  8. Bawa salinan tadi ke kaunter Bendahari. Pegawai di Bahagian Bendahari boleh terus key-in maklumat pembayaran tersebut.  
  9. Akhir sekali, jangan lupa mendaftar secara online SMPWeb (Mahasiswa UKM sahaja)  
Itu sahaja. Panjang-panjang cerita ni sebenarnya nak beritahu bahawa mahasitua mahasiswa ini dah mendaftar untuk semester 5. Harapnya tiada istilah semester 6 selepas ini.

Para mahasitua mahasiswi makmal Tingkat 7 HUKM

Hanya kepada Allah kami memohon pertolongan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Makhluk bagi komen