Menjauh atau ditinggal?

Kutitip jejak mereka yang bersisa
melihat daripada jauh
rindu membusung dada
lantas aku, rupanya ditinggalkan


Kata mereka, aku yang menjauh
Kata aku, mereka yang meninggalkan


Kata hatiku,
menjauh bukan kerana benci, tapi sayang
biar ditinggalkan, doa tetap kutitipkan
mahu jadi insan yang imannya semakin menambun
bukan berlubang-lubang


Bukan
bukan salah mereka
hanya aku menahan diri sendiri
menyeksa diri
tapi nikmat semakin rasi


*Mereka berseragam hitam, di dalam malam yang pekat likat hitam, tapi hati bukan hitam. Cuma aku mahu merasa putih

5 ulasan:

  1. terasa diri ditinggal, merasa kamu menjauh, dalam pekat malam berbaju hitam, tetap masih kelihatan hati putih kamu, jangan bimbang menjauh atau ditinggal, akidah kita masih sekapal :)

    BalasPadam
  2. pantas aja kamu ni Yus.

    sementara waktu, kfaiz selesa begini.

    melihat daripada jauh. ada tegur diluah, biar sepelaung jauh dapat didengar. rupanya, hanya bergema dalam hati.

    BalasPadam
  3. janganlah dikeluh dua alam
    menjauh atau ditinggal malah mungkin tertinggal
    esok pasti datang
    yang menjauh itu janganlah Tuhan
    yang ditinggal itu biarlah kelam
    kerna satu yg pasti tidak sekali menjauh adalah ajal

    BalasPadam
  4. Di hati... melekat di hati... kan lebih bermakna daripada hanya luaran semata :)

    BalasPadam
  5. Along, "Kiamat sudah dekat Apa kamu kira ia akan makin jauh?"-Filem Kiamat Sudah Dekat

    Yus, diam-diam saja...biar hati saja yg tau.

    BalasPadam

Makhluk bagi komen