Birthday Bash

 Cikgu Hasnah & Cik Su Hanan

Assalamualaikum teman-teman.

Ini cerita basi. Barangkali, sudah sebulan usianya. Tapi segar di hati =)

Aktiviti seharian apatah lagi yang istimewa yang dilakukan bersama orang-orang tersayang merupakan masa yang tidak boleh dijual-beli. Manakan sama berkelah bersama teman-teman Anjung Zahra' (Mas, sedang bagi 'hint' ni. Bila nak buat aktivit berkelah keluarga AZ ni?) berbanding berkelah bersama keluarga nun jauh di Hulu Terengganu. Aktiviti 'posing' sakan bergambar tetap ada cuma 'pose' berbeza. 'Pose' adik-adik lebih comel pasal semua dah tembun-tembun pau kacang panas.

Sebetulnya, penyelidik paling banyak alasan penuh dedikasi pulang ke kampung setelah merantai diri sendiri di PJ hampir 3 bulan di PJ. Demi menyambut hari ulangtahun kelahiran Ibunya; bakal tauke nurseri pokok, Cikgu Hasnah Abdullah yang ke-54 dan si kecil berhati besar la sangat, Cik Su Hanan yang ke-10. 'Setting' masa dan hari telah dirancang sebelum Cik Penyelidik pulang ke kampung halaman bagi memastikan tiada pertembungan aktiviti. Semua ahli menerima surat arah hadir tanpa gagal

 Menepati piawai Hanan

Menu untuk 'birthday bash' ini ringkas sahaja. Tanpa kek (Cik Su Hanan bukan penggemar kek, selamat bajet...). Nasi Ayam air tangan penyelidik, si sensitif; Ateh dan semestinya, Puan bakal tauke nurseri. Sebiji tembikai merah yang sangat manis daripada pemuda harapan Surau An-Nur; Abang Long, air tea 'o' buatan tangan err gadis Melayu terakhir; Aby, jajan sumbangan 'the genius' Adah. Oh OK. Semua ahli menyumbang tenaga. Err...Along dan Acik buat apa ya?

Makan, mandi-manda dan klik-klik di Taman Pertanian Sekayu!

Mereka yang tembun

Tiba-tiba termasuk dalam agenda ialah Cik Su Hanan merajuk. Alamak, siapa punya angkara ni?!

Sudah semestinya si penyelidik bukan pemujuk.
Dia tukang klik-klik saja

Moga-moga Allah kurniakan kesihatan yang baik kepada Ibu dan Allah pelihara Hanan agar jadi anak solehah sepertimana Allah memimpin kami semua, Ameen.
 

*psst...Alang & Anik jgn makan hati berulam jantung. Organ dalaman tak baik untuk kesihatan =)

2 ulasan:

Makhluk bagi komen