Kekuatan

Bismillahirrahmanirrahim

Maafkan saya. Saya sedang mengumpul kekuatan. Desakan mahu cepat menyelesaikan pengajian Sarjana menghimpit jiwa. Saya selalu memandang tinggi pada kemampuan diri menjadi batu; keras dan dingin. Itu watak saya daripada dahulu.


Tapi, lewat ini saya sering kalah. Ketika sedang menaip manuskrip sekalipun, tanpa asbab, mata berkaca-kaca.

Maaf, saya cuma mencuri sedikit ruang untuk mengapungkan dada. 

Saya rindukan mereka semua; sumber kekuatan saya.

Al-Fatihah buat Arwah Abah; Ustaz Jusoh Yahya. Rindu.

*Maaf. Tiada yang dapat dikongsi kali ini.


Bukan budak besar yang 'cengeng'
5.00 pagi
Makmal PPUKM

2 ulasan:

  1. rasa cinta rasa rindu andai wujud kerana Allah, berkah selamanya InsyaALLAH

    kak faiz ni cari ruang utk lepas sesak je Yus.

    BalasPadam

Makhluk bagi komen