Cerita 1
Kekurangan bakat sains akan diatasi
KUALA LUMPUR 15 Dis. - Kerajaan akan berusaha sedaya upaya untuk mengatasi kekurangan bakat dalam bidang sains di negara ini dan akan menyediakan bantuan sewajarnya untuk penyelidikan oleh universiti, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata Malaysia memerlukan lebih ramai saintis, penyelidik dan peneroka dalam sektor sains dan teknologi.
"Daripada segi tenaga manusia, Malaysia kini mencapai hanya 18 peratus daripada sasaran Rancangan Malaysia Kesembilan untuk melahirkan 60 penyelidik, saintis dan jurutera bagi setiap 10,000 tenaga kerja," katanya dalam satu perutusan dalam buku cendera hati sempena majlis penyampaian hadiah Yayasan Sains Toray Malaysia (MTSF) hari ini.
Najib berkata pengorbanan dan masa bertugas yang panjang saintis dan penyelidik perlu mendapat sokongan badan awam dan swasta.
Katanya, kerajaan berharap lebih ramai rakyat Malaysia menjadi lebih mahir dan mempunyai kekuatan minda untuk berdepan dengan cabaran masa depan.
Perdana Menteri berkata untuk membangunkan ekonomi yang dijana oleh ilmu, tumpuan akan diberi kepada program pembangunan yang diasaskan kepada teknologi, inovasi dan penemuan.
Hadiah MSTF diperkenalkan pada 1993 oleh syarikat Jepun, Toray Industries untuk membantu memajukan bidang sains dan teknologi di Malaysia.
Hadiah tahun ini dimenangi Prof Dr. Ong Seng Huat dan Prof. Dr. Tan Nget Hong, kedua-duanya dari Universiti Malaya, yang masing-masingnya menerima RM30,000 daripada pengerusi MTSF, Tan Sri Law Hieng Ding.
Seng Huat ketua Institut Sains Matematik, mendapat pengiktirafan kerana penyelidikannya mengenai analisis imej dan model stokastik, manakala Nget Hong daripada Jabatan Perubatan Molekular, diiktiraf kerana penyelidikannya mengenai bisa ular, protein dan pendidikan perubatan. - BERNAMA
Hairan dengan sistem pendidikan sains negara. Tunas-tunas sains yang dihebah-hebah di sekolah rendah, di peringkat menengah tapi lesu di menara gading. Kenapa begitu?
Teringat kata-kata sang pesimis, "Jika mahu kaya, jadi saintis bukan jawapannya"
Disanggah si 'foresight leader', "Sains lubang luas untuk melaba untung jika kaya jadi tujuannya. Pandang jauh kehadapan, kalian nampak cahayanya".
Cerita 2
Kolej perubatan dan kejururawatan di Terengganu
16/12/2009 6:38pm
KUALA TERENGGANU 16 Dis. — Kerajaan Terengganu meluluskan dua permohonan untuk menubuhkan kolej kejururawatan dari University Of Teknologi New Zealand dan kolej perubatan dengan Royal College of Surgeons di Ireland (RCSI).
Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, kedua-dua kolej berkenaan yang akan memulakan operasinya tahun depan, akan ditempatkan di Taman Ilmu di Besut yang mempunyai kemudahan seperti perpustakaan, asrama dan sebagainya.
Perjanjian mengenai penubuhan kolej kejururawatan akan ditandatangani pada Januari depan sementara pihak RCSI akan mengadakan lawatan ke Terengganu tidak lama lagi untuk melihat sendiri kemudahan tersebut, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini hari ini. - Bernama
Baguslah kalau benar begitu. Untung-untung ada ruang untuk para graduan bernafas di situ. Mungkin juga rezekiku di situ, barangkali ya?
Cerita 3
"23 Disember 2009 ni I nak tengok your materials & methods. Also your legends figures. Make sure you complete it."
Aish, macam tak percaya. Dah masuk part writing manuscript rupanya. August 2010 will be witness for the biggest in my life (setakat ni la...)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Makhluk bagi komen