Taufan dan Mood Swing

SATU
Ribut taufan sering melanda dunia kebelakangan ini. Hasil teknologi terkini, kerjasama pelbagai pihak berkenaan membolehkan kehadiran taufan dikesan lebih awal.

Bagaimana pula dengan taufan manusia? Maksud saya, 'mood swing' seseorang terutamanya orang atasan kita? Barangkali, kerjasama apa yang boleh dilakukan untuk mengesan sekaligus mengelakkan diri daripada menjadi mangsa taufan tersebut?

DUA
Kalian tentunya maklum tentang sindrom yang dihadapi para ibu (terutamanya) apabila melewati usia 50-an. Ya, menopause. Tapi seramai manakah yang maklum bahawa kaum Adam juga akan mengalaminya. Ia dipanggil andropause.

'Mood swing' boleh dikenalpasti sebagai salah satu simptom yang dihadapi oleh mereka. Ia boleh memberi impak seperti taufan.

Kasihan kawan-kawan yang menerima tempias taufan siang hari tadi. Kuss semangat!
Moga-moga dijauhkan Allah daripada penangannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Makhluk bagi komen