Setelah perisitiwa mendung dahulu, macam-macam hal berlaku. Tapi dek kerana terbawa-bawa mendung, mood saya menghilangkan diri.
Nah, sekarang dia kembali!
Kesempatan melepaskan diri daripada terendam dalam tangki penyelidikan cacing (baca: sesak dengan penyelidikan Master) selama seminggu cukup mengujakan. Manakan tidak, pulang ke kampung (Kota Bharu) bersua muka dengan kaum-kerabat!
Gulai kawah di tiap-tiap lokasi. Musim kahwin la namanya. Tujuan utama tentunya memeriahkan kenduri kahwin sepupu, Mat Se.
Juga mengotakan janji dengan adik-adik (Cik Su Hanan terutamanya) - naik keretapi! Jakun? Maaf ya, Terengganu takde bendalah ni. Ceria betul kanak-kanak ribena tu. Bertuah betul adik-adik saya buat pertama kali juga bersua muka dengan Pak Samad (Dato' A. Samad Said) dan isteri yang bari tiba daripada Kuala Lumpur.
Senang hati saya melayan keterujaan ibu terhadap barang-barang barunya. "Angah, nanti kita buat macam ni macam ni macam ni..." Huhu excitednya dia. Apa lagi, mengetik-ngetik la saya di setiap ruang pamerannya.
Perancangan menginap di Pantai Melawi terpaksa dilupakan dek kualiti chalet yang terlalu minimum. Sepanjang malam menyusuri jalan mencari chalet kosong akhirnya pulang ke Kuala Berang dengan hati hampa.
Meredakan kekecewaan ialah kunjungan ke Sungai Kemat, sungai rahsia keluarga. Seenaknya boleh bermandi-manda tanpa orang lain. Ada orang laut jumpa sungai, segan-segan je nak turun. Geli ke? Hehe...
Sudahnya, saya kembali ke kota lumpur dengan tahap kesihatan yang merudum. Panas terik di Pantai Timur, kuharap mendung di Kuala Lumpur, rupanya jerebu melanda!
*Cerita-cerita secara spesifik akan dikarang kemudian. Wangi gulai kawah Melaka dan Tanjung Karang sedang memanggil-manggil saya! Laparnya...
gulai kawah
BalasPadamsedapnya
kecur air liur dibuatnya!
BalasPadamyazid, suka ayam percik? yg air tangan mcik akak (dpanggil as 'mek') mmg superb! xmenang tangan dia jd tkg msk masa siri knduri cuti sekolah.
i wish for another set of ayam percik & gulai kawah, ui laponyer...