Anjung Zahra'. Seindah namanya, begitu harapan kami yang hidup mendepani hari-hari mencabar di dunia Kuala Lumpur/Petaling Jaya ini; moga semangat Fatimah az-Zahraa binti Muhammad Rasulullah S.A.W mengairi setiap salur darah kami.
Awalan, saya dan Ummu sempat menginap sebentar di sebuah flat di Pantai Dalam setelah tiga tahun bertahan di Kolej Kediaman ke-12, Universiti Malaya. Rupa-rupanya ALLAH merancang yang lebih manis untuk kami; menginap bersama mereka di rumah kecil diberi nama Anjung Zahra'.
Sejarah pahit manis tersebut di sulam indah dalam novel pertama Ummu; Ladang Hati Mustika. Novel yang menyadur 70% daripada pengalaman hidup kami bersama. Ukhuwah atas nama saudara Islam yang terbina itu yang mengikat hati-hati kami sehingga kini walau penghuninya berganti-ganti atau satu persatu penghuni dilamar si dia.
Kenduri Yan & Hafiz;menghitung hari bergelar ibu
Walimah Imah & Azlan.
Dah pun bergelar ibu
Malam sebelum kenduri Lini.
Lama betul menyepi
Walimah K.Tipah (Latiffah Man) & Suhami.
Menghitung hari bergelar ibu
Ceria di laman rindu; yang paling saya seronok,
"wah! ramainya model saya =)"
Konvoi ke Kodiang, majlis bertandang adik Ummu;
Abu Hanifah & isteri Mai
Berkongsi bahagia K.Dija (Khadijah) & Ustaz Ramadhan Fitri.
"Baby nanti jadi orang Penang ka Muo (Muar)?"
Trip konvoi paling ceria. Di kenduri K.Bah (Najibah) & ChikCham(Hisham).
Tengah berdebar-berdebar menunggu tika bergelar ibu
Kenduri Shahid (Shahidra) & Hafiz.
Tak sabar menunggu kandungan membesar.
Yang terbaru, kenduri Ina (Zarina Zanirun) dan Pejo (Faisal Bahari)
Opss, gambar ramai-ramai belum update ~sigh~
Baru update hal kahwin mereka di sini.
Entah berapa ramai kami sebenarnya, keluar masuk berganti. Daripada rumah kecil berbilik dua dihiasi pokok jambu berdaun lebat dan buaian tua yang setiap kali dinaiki Ummu asyik benar berbunyi keriok sehinggalah rumah teres satu tingkat berbilik tujuh (ya tujuh!) berbumbung biru muda. Ia tetap Anjung Zahra'; ia bukan kerana rumah tetapi hati-hati yang ditautnya.
Benarlah, mereka ini warga Anjung Zahra' chinta hati saya!
(wallaa...)
OK...alumni-alumni semua. Korang dijemput memeriahkan suasana. Alahai, kan best kalau boleh buat gathering. Owh, mestilah 'pencari rezeki' dan 'anak saudara' kami dijemput!
Miss Anjung Zahrah very much...Jom2 kite buat reunion gathering :) hehe...jauh di mata dekat dihati (^______^)
BalasPadamWah...so sweet...nnti2 kalau dh kuar dari AZ mesti rindu, tp still takleh nk bt per, sbb kena tunaikan tggungjwb lain gak...(cara ckp mcm dh nak kuar jer, konfius kejap..?!)
BalasPadamFaiz!
BalasPadamEntri faiz kali ni benar2 menggamit rindu kak bah pada kalian. adik2 kak bah yang manis dan teman yang menceriakan.
Tengok gambar2 zaman bujang dulu...kenangan kita silih berganti...sukar diungkap satu persatu, terlalu banyak dan terlalu manis!
terima kasih atas entri yg membahagiakan ini.
ukhuwwah fillah abadan abada...
windunya kat AZ :)
BalasPadamkyem salam semua ye.. doakan akk n k jeebah selamat n mudah bersalin..
banyaknya jemputan.
BalasPadamIna, rindu!
BalasPadamMas, heee...xlama dh kan masa.tau la dh xsabar2 nk tggaln az..fine...!
KBah,
sapa la yg xrindu kt ktrg yg ceria2 ni kan? comel2 lak tu huhu...hmm, entri yg mmbahagian hrp2nya pd smua azians. rindu kt kbah, tp tlebih rindu pd ayah kbah psl skang musim candat sotong, yey!
KDija,
Ingatn xrindu ktrg..snyap je manjang. msti ktrg doa spya anak sedara ktrg mudah2 je kuar tgk mcik2 yg cun ning! ;->
Yazid,
lumrah la housmate ramai. Teratak 42 brapa org? aih..kurang lg sorang ahli lps 070609 ni, kan?
sgt sgt sgt rindu kt AZ..AZ byk mengajar, idop kt dunia n akhirat..luve AZrian forever
BalasPadamalahai...rindunye kat AZ...ni yg rase sebak ni...huhu...duk kat AZ mmg sangat2 bermakna. bleh di kira satu titik perubahan yg besar dalam hidup ni, bila start duduk kat AZ..rase bertuah sangat bila Allah pilih diri ni untuk duduk di AZ dan bertemu semua penghuninya. mmg rase berat ati nak tinggalkan AZ dulu...huhu...sebaknye...
BalasPadamNor & Shahid,
BalasPadamSeonokkan duduk ramai2..tp xrasa crowded sebab bnyak kepala tp 1 hati =))
alhamdulillah
Miss u all..
BalasPadamDoakan kte selamat bersalin..bila2 masa je nih..huhu..
sama2 doa utk yan, kbah & kdija...wah btambah ramai anak2 sedara AZians!
BalasPadam