Pesta Lambakan Buku...Nantikan Saatnya!

Ini entri mee segera. Sementara menunggu proses sintesis cDNA selesai.
17-26 April 2009 ini, ulat-ulat buku akan mengerumuni Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) untuk meninjau-ninjau, menambah koleksi buku dan yang paling meriah; mengenali si empunya mata pena (masa ni, penulis-penulis jadi artis...oi glamournya!), This is time for book shopaholic!

Dengan berbesar hati, saya mahu berikan promosi percuma untuk si Manis, Ummu Hani Abu Hassan Morad.

Anak ketiga Cik Ummu, Satu Bulan Tiga Bintang. So sweet my dear

Tak disangka-sangka, rupa-rupanya projek segera pun menjadi rupanya. Anak keempat lahir dalam masa seminggu sahaja. Huhu..memang tiada alasan untuk berkata tidak kepada TESIS ya Cik Ummu. Saya merempit bersama Cik Ummu ke pejabat Hijjaz Record Publishing di Kota Damansara, membangkitkan memori lama bertandang di kediaman Bro Isman 5 tahun yang lepas.

Ilustrasi awal buku

Bro Faizal, Hijjaz Record Publishing tumpang promo

Wajah sebenar Anak ke-4 Cik Ummu; Catatan hati Nik Nur Madihah,

Pelajar Cemerlang SPM 2008 - edisi mesti beli

Buku-buku tersebut boleh didapati secara terus daripada Cik Ummu(0136979697) atau jumpa saja beliau di booth Galeri Ilmu, KLIF nanti.

5 ulasan:

  1. wah tidak kesempatan hendak pergi

    BalasPadam
  2. Assalamu'alaikum,

    Alahai...
    Tak berkesempatan hendak pergi. Ada urusan di tempat sendiri. Alahai, ramai tokoh penulisan yang akan hadir di sana nanti. Tapi tak berpeluang hendak bertemu muka (dan minta autograf :p).

    BalasPadam
  3. Gman & Yazid, lain tahun sila block date siap2 yer. Huu..memang shopaholic bab2 buku ni. dalam masa sekejap je dh lebih 150 mlayang. xpe, xrasa rugi..psl ilmu =))

    BalasPadam
  4. Saya baru berpusing ke gerai2 yang ada tadi. Termasuk juga gerai Hijjaz. Terlepas pandang juga dengan buku ini.

    BalasPadam
  5. Syafik,
    Selain booth Hijjaz, Al-Hidayah pun ada jual buku ni. kalo beli d booth Hijjaz, if not mistaken ada off. jadi $21 je. kalo nk sign penulis (Ummu Hani), saya boleh tlg adjust. Housemate tu.

    BalasPadam

Makhluk bagi komen