Udang Kara, Cupcakes, Pantai Dungun dan Hot Baby

Tanggal 28 Februari lepas, genaplah 54 tahun usia Ibu tercinta. Mahu membeli kek terasa macam tidak kena. Tiba-tiba teringatkan Udang Kara Kuantan yang diceritakan perihal keenakkannya oleh ChikCham & Kak Bah. Terus digoreng salut tepung. Harganya RM35/kilo!

Along pula sibuk sekali menyiapkan kek-kek comel ( cupcake). Tapi, di bawah itu hasil kerja KERAS TANGAN saya; 29 biji kek comel untuk anak-anak murid kesayangan Ibu! Aduh..jauh beza hasilnya daripada tangan yang berseni.


Saya memandu baby Ibu (kata Cik Su Hanan) dengan keadaan menderita. Nama pun bayi, Avanza berusia seminggu ni belum boleh memecut 100km/jam. Cuma mampu 80km/jam sahaja. Itupun, curi-curi saya memecut tika Ibu terlena dalam perjalanan jauh ke Pantai Dungun.

Enak sekali, makan-makan sambil menghirup udara masin di pantai indah. SubhanALLAH Alhamdulillah..... Sharing moment itu yang paling penting. Owh, Along...ya ampun anda terpaksa ditinggalkan huhu...

Terima kasih ALLAH, menumbuhkan aku daripada benih yang baik-baik. Engkau sahaja pelindung terbaik buat Ibu.

3 ulasan:

  1. salam kak ngoh,
    teringat zaman2 sekoloh negoh dulu..makan kepok leko tepi pantai dungun kalu mok mari melawat ujung minggu. pantai teluk lipat la tu kan?
    hitam bergaya avanza baru mok teh tu..mat jalil test drive doh ke?
    innova ayoh long itam..vios aboh an itam..bakpe semua org pilih warna hitam ek?

    BalasPadam
  2. sedak gamok curi pecut. rosok avanza kkgi, buleh sakit pulok.. angkat enjin kkg.. mcm van kne kat gambang aritu.. sggup ke?

    BalasPadam
  3. @Farhan-salam alaik an...lega sekali-sekala hirup udara masin Teluk Lipat tu...
    setau kngoh, jalil belum lg...tp mok teh scara verbal sebut nk suh dia amek leseng kete cpt2.
    nok wak rane, hitam itu hensem! (sbenornya, xmdh napok kalo tepek t**k lembu!)

    @alang yg perasan
    huhu...sekali2 je..dop lepah mitah tekpong tu yg pecut sket...hok gambang ari tu kes air penuh laa kate pok jalil

    BalasPadam

Makhluk bagi komen