Tag drpd ikb the dr to be

1) Apakah nama blog anda sekarang dan kenapa anda memilih nama itu?
Nama blog merupakan nama pena (oppss...saya tak pernah hantar karya di mana-mana, cuma koleksi sendiri) iaitu Faiz Faiza. Nama yang dah sinonim semenjak saya menjadi warga SMKA Durian Guling, Marang. Kenapa Faiz Faiza? Hmm...saya menginap di Aspuri sejak di Tingkatan 1 lagi. Semasa tu, termasuk saya ada 6 orang penghuni Aspuri yang bernama Faizah! Mereka dikenali sebagai Kak 'Z', kak 'E', Kak Faizah, Kak Faiz, dan Kak Pae Boyot. Ada teman yang memanggil saya Pae, Paih dan Faizah. Tapi itu bukan sebab saya senang dikenali sebagai Faiz Faiza. Sementelah Faiz bermaksud kemenangan untuk seorang (saya la tu), saya menganggap Faiza adalah kemenangan untuk 2 orang (ibu & abah). Saya tetap kekal dengan nama Faiz Faiza walaupun setelah mengetahui tiada istilah Faiza. Moga-moga sebagaimana niat asal saya memilih nama tersebut, seperti itu juga saya berusaha mencorakkan kemenangan untuk diri sendiri dan ibuabah, ameen.

2) Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?
http://faizfaiza.blogspot.com/ Itulah saya ;-)

3) Apakah metod penulisan dalam blog anda?
Apa sahaja yang terlintas, apa jua yang saya alami, apa jua yang penting untuk diambil peduli.....yang penting sempat ditulis la...banyak juga pendapat-pendapat yang tak terluah kerana kekangan masa.

4) Aktif menulis penulisan ilmiah dalam blog tapi kurang aktif di khalayak luar (dakwah)?
Gulp...Pada pendapat saya, apa sahaja yang menyeru kepada kebaikan, menghindar kepada keburukan adalah sebahagian dakwah. Penulisan ilmiah saya lebih kepada ilmu biologi. Itu bidang saya. Tetapi, saya senang sekali berkongsi dengan dunia luar secara verbal terlebih lagi dengan sahabat-sahabat AZ tentang ilmu-ilmu pemakanan, penjagaan kesihatan, pemilihan barangan kosmetik** dan penjagaan diri dsb (walaupun bukan semua yang saya sarankan tu saya amalkan, huuu...). Memang ada menyimpan hasrat mahu menulis apa yang saya tahu dan pelajari supaya boleh disebar dengan lebih meluas, InsyaALLAH.
**Semasa memilih barangan kosmetik dan penjagaan diri, cuba teliti kandungan bahan kimianya. Banyak bahan-bahan berbahaya sebenarnya. Sekadar menyebut, merkuri dan titanium dioksida. Seboleh mungkin, cuba elakkan
Titanium Dioxide. Walaupun ia telah dinafikan sebagai bahan karsinogen (agen penyebab kanser), terdapat pula penyelidikan yang menemui kesan negatifnya apabila ia bersaiz nano. Mercury apatah lagi. Berawas itu lebih selamat, kan?

5) Pernah terasa nak hapuskan blog anda? Sebabnya?
Pernah dan sering kali memikirkannya...lebih-lebih lagi apabila merasakan apa yang saya tulis tidak membawa manfaat kepada orang yang membaca. KEPADA YANG MEMBACA, JAWAB SEJUJURNYA-ADA BEROLEH MANFAAT DI SINI?

6) Apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang tag anda ini?
Nama pun Bee...banyak betul Beenya. Terasa macam masuk alam damai...terdengar-dengar bunyi Bee sedang terbang di persekitaran. MOGA-MOGA BEE, DR. TO BE BAKAL JADI KENYATAAN, AMEEN =)

lastly nak tag :
Kak Bah
Dik Nor

2 ulasan:

  1. tetiba rasa syahdu bila baca jwpn pd soalan no 1 tu...SMKADG, 1001 memori yg tak mampu nak dilupakan..


    **sekadar berkongsi memori..nama ummihurairah yg riza gunakan skrg ni, satu nama indah yang dicetuskan oleh Allahyarham sahabat kita, norihan bt abdullah..

    Al-Fatihah, moga Allahyarham tergolong di antara orang2 yang disayangi-Nya

    BalasPadam
  2. memang xboleh lupa...antaranya ramai2 study kat tangga hostel bila light off...lost contact dgn yg lain2(asiah, alang, yati, sapura)...rindu!

    ff still simpan surat drpd arwah, bercerita ttg macam maan dia tiba2 pengsan di mrsm kt dulu...
    nanti ff kongsi kat sini, insyaALLAH.

    agak tkilan krn xsmpat melawat arwah di hospital hulu. moga Dia di kalangan insan2 terpilih di sisiNya, Ameen

    BalasPadam

Makhluk bagi komen