"Matching tak dengan baju ni?"

"Matching tak dengan baju ni?" soal Kak Wani, teman sebilik usai Solat Subuh.
"Tak" ringkas saya menjawab.
"Dengan yang ni?"
"Tak kena la.."
"Tudung pink ni?"
"Err...cuba tanya Hana"
"Kang kalo cakap tak matching, kesian pulak!" suara hati saya berbisik.
Kurang lebih 10 minit barulah dia berpuas hati dengan tudung krim yang dipilih Hana.
"Nak pilih tudung pun jadi lama (masa)" rungutnya.
Saya cuma tersenyum. Hmm, Kak Wani dah menggerakkan minda saya berfikir bahawa setiap insan normal akan berusaha sedayanya untuk tampil sesempurna mungkin.

Moga setiap hari yang berlalu diri saya dan setiap insan bergelar Muslim berusaha untuk menjadi Muslim sesempurna mungkin; SPIES-secara spiritual, IQ, EQ & sosial.

Moga juga hari ini lebih baik daripada semalam, dan esok yang datang terlebih baik daripada hari ini.

1 ulasan:

  1. Do what you can, with what you have, where you are.
    -- Theodore Roosevelt

    BalasPadam

Makhluk bagi komen