Bubur Asyura versi Terengganu

Hampir setiap hari, dada-dada akhbar sinar Harian memaparkan gambar penduduk Terengganu berkenduri membuat bubur Asyura; yang dikenali sebagai SURE.
Jika di selatan, bubur Asyura berbentuk cecair likat sebagaimana namanya bubur. Tapi tidak di Utara dan Timur Semenanjung Malaysia. Apa yang membezakan Syura versi Utara dan Timur ialah pada rempah dan isinya. Di Timur, kacang hijau dan merah direbus bersama-sama beras sehingga empuk dan masak sebelum dimasukkan rempah Asyura, bawang, halia dan lengkuas. Tambah istimewa, isi ayam (dilerai halus-halus) dan jagung turut memberi rasa tersendiri sure tersebut.
Proses mengacau perlu dilakukan tanpa henti untuk memastikan ia tidak berkerak di dasar. Sepertimana dodol, sure juga mengambil masa yang lama untuk berubah kepada keadaan tersangat likat.

Cik Su Hanan, Ayah Ngah & Mak Nah tunjuk skill tersendiri

Setelah likat (daripada penuh seperiuk *sepatutnya kawah* sehingga tinggal 1/4 sahaja isipadunya), secara pantas perlu diisi ke dalam bekas untuk disejukkan.

Ibu sedang membuat sambal ikan untuk ditabur di atas sure, manakala Along dan Abg. Long sempat pose sambil tahan panas sure menggelegak tu


Setelah sejuk, bolehlah sure ini dipotong-potong dan diagih-agihkan kepada saudara-mara dan jiran sekampung. Walaupun kali ini hanya mengacau sure di dalam periuk dan tidak semeriah dulu, Alhamdulillah nikmat Tuhan ini masih boleh dinikmati bersama-sama.

Gotong-royong sebegini dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan (terutama kepada orang di bawah ni yang baru beberapa bulan kahwin =).

Rindu betul pada suasana dulu; berkenduri menyediakan 3 kawah sure. Jiran-jiran sekitar rumah semua turun menyumbang tenaga. Sure panas dituang di atas daun pisang, dimakan bersama-sama, enaknya! Yang pasti saat seperti itu sukar untuk diulang. Cepatnya masa berlalu. Tinggal kenangan cuma.

Jemput makan sure kawan-kawan! =>

3 ulasan:

  1. arghh!!tidak!!
    kak ngoh wak an terliru jer..
    empat lima tahun doh dok makan sure

    BalasPadam
  2. huuuu...siangnyer...jemput tengok jelah deh.

    Jawapan sepenuhnya dlm dialek Terengganu =))

    Kami wak dlm puyuk jer. tu pung rama hok sere ati, ingat saje2 dok jeput wak skali...padaha brg2 pn xbrape ckp tuh, aduula...

    Ni cite sadis. Along ator la cket sure tu ke M.Nah, Adah & Ateh kt Dungung nung. Ateh buleh dop makang lallu. Esoknya telepon kami maroh2 sebab sure dia basi doh. Pe la sendu sgt Ateh ning!

    BalasPadam

Makhluk bagi komen