Murung membelenggu

Murung hari-hari saya bukan dek kerana teguran berhikmah teman rapat saya berikutan masa yang dibazir di depan kotak tv semata. Bukan juga kerana mendung hari di luar sana. Apatah lagi kerana suatu tempat kosong bergelar sunyi di lubuk hati.

"Tidaklah seorang hamba mengucapkan suatu ucapan yang maksudnya hanya untuk membuat orang lain tertawa, melainkan sungguh dia telah jatuh ke dalam jurang yang ukuran dalamnya lebih jauh daripada jarak antara langit dan bumi; dan sungguh dia tergelincir kerana olah lisannya yang kadarnya lebih parah daripada ketergelinciran kedua kakinya"(HR Kharaithi)

"Diam adalah akhlaq yang terbaik, barangsiapa suka humor, tentu dia akan dihinakan"(HR Dailami)

Kedua-dua hadis di atas membuatkan saya berat mulut untuk berbual dengan sesiapa sahaja. Terasa sangat serba-salah untuk membuka mulut mengingatkan sifat alami saya yang suka berjenaka. Sejujurnya, saya menjadi murung apabila saya tidak dapat berkongsi jenaka. Demi ALLAH saya tidak ingin dipandang hina pada pandanganNYA.

Andai siapa sahaja terbaca catatan ini, boleh memberi sedikit pencerahan paling tidak pendapat masing-masing.

1 ulasan:

  1. Baguslah kalau ada terkesan dengan pesanan kawan2 lain, tapinya sy teringat satu kisah mengenai seorang sahabat yang berkeadaan kusut masai dan berwajah muram durja,hidupnya merempat tiada kerja dan kawan untuk mengadu. Diapun berjumpa dengan seorang yang Alim dan mengadu nasibya. Lalu orang Alim itu menasihatkannya untuk mengubah penampilannya, menjadi seorang yang kemas dan lebih ceria. Nasibnya berubah menjadi lebih baik seiring perubahan positifnya itu. Pada sy tak salah untuk ceria dan menceriakan yang lainnya, kerana pasti akan terangsang hormon bahagia dan suasana yang tidak stress dan itu penting dalam menjana kehidupan yang lebih bermakna dan berkualiti. Namun pertengahan dan sederhana itulah yang paling baik.Sekadar pandangan.

    BalasPadam

Makhluk bagi komen