Selamat kembali ke Kota Ilmu ~dedikasi buat Alang & Anik~

Penerbangan Egypt & Qatar Airways membawa pergi pembela-pembela agama (moga-moga, Ameen) meninggalkan tanahair untuk kembali bergelut dengan kekangan masa dan ilmu di permukiman Al-Azhar.


Doa-doa yang bertali arus daripada ibu, kami sekeluarga juga sanak-saudara dan orang-orang kampung menjadi bekal buat mereka. Itu secara rohani. Secara fizikal, pelbagai barang mulai daripada rempah-ratus, serunding, ikan kering & pekasam, tidak lupa ikan bilis sehinggalah pes instant. Huhu...tak mungkin lupa KICAP, BUDU & TEMPOYAK! (kiriman kuih raya & biskut jagung pun ada-utk kawan2 )


Buat Alang dan Anik, kami mengharap kepulangan kalian 2, 3 tahun akan datang dengan penuh harap. Alang dan Anik, dua-dua suka 'cari pasal' untuk 'bercakaran' dengan kami. Carik-carik bulu ayam. Nakal-nakal pun Alang, busuk-busuk pun Anik-itulah adik-adik aku. 'Bengang' dengan kelakuan mereka, perkara biasa...Jauh hati, perkara biasa...Marah dengan kata-kata Alang, dengan tindakan Anik bermusim saja. Nama pun adik-beradik. Untuk aku simpan marah lama-lama, aku tak bisa. Rasa kasih pada mereka mengatasi semuanya. Cuma aku mohon pengertian daripada mereka-kita bukan keluarga yang senang dan zaman belajar memang zaman yang sukar. Alang selalu merasakan dia terpinggir kebendaan (Alang: eleh, hok puang baju kurung 2, 3 pasang xpe..Alang mitok bj raye selai jer xleh! ****! Angah: wakpe dok peringat ke angah!? ). Anik dengan feel 'Takpe", akhirnya (Anik: Angah, ada masalah besor ni. Beg nak bwk gi Mesir tingga dlm bas! Angah: Hah!!!)

Maaf, Angah tidak sebaik kakak orang lain.
Maaf, Angah harus katakan di sini>>> melihat kelibat Alang & Anik hilang di balik kaunter imigresen KLIA, ucapan pertama yang keluar daripada bibir Angah: "ALHAMDULILLAH...Abah, Angah dah berusaha sedayanya untuk memenuhi janji kita"

Rajin-rajin belajar, grab sebanyak mungkin ilmu, balik, kita pakat2 bantu ibu dan adik2

Salam sayang

Angah


*Maaf semua, emo cket!

2 ulasan:

  1. slamat terbang tuk adik2mu..dua2 skali ek?

    BalasPadam
  2. alang-si segak yg kdg buat kt sakit ati dan sakit poket.

    anik-si sempoi yg slalu 'mmudahkan' sgla urusan.huh

    :) dua2 dirindui..

    BalasPadam

Makhluk bagi komen