Pembeli: "Dik, ayam sekilo berapa ringgit?"
Penjual: "Ayam biasa atau ayam kampung?"
Pembeli: "Ayam biasa."
Penjual: "Yang tempatan atau yang import?"
Pembeli: "Yang tempatan."
Penjual: "Yang tempatannya mahu yang dari Ipoh, Kuala Selangor atau Tampin?"
Pembeli: "Yang Ipoh lah..." (mula bosan).
Penjual: "Mahu yang Ipoh Pusat, Barat, Timur, Utara, atau Selatan?"
Pembeli: "Adik ni jual ayam atau nak jalan-jalan?"
Penjual: "Maaf kak, saya penjual mee rebus kat sebelah. Kebetulan yang jual ayam pergi makan. Saya disuruh berbual dulu dengan pembeli sampai dia datang.
Aku edit daripada Adha: Jenaka Telur
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Makhluk bagi komen