Satu Muharam detik permulaan
Perkiraan tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dari kota Makkah ke kota Madinah
Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta
Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan
Oleh itu mari semua
Kita sambut Maal Hijrah
Tingkatkan semangat
Tegakkan syiar Islam
Untuk sepanjang zaman
Pabila lagu ini berkumandang lagi, ia menjadi trademark kepada garis permulaan umat Islam untuk menguatkan azam baru, atau paling tidak recycle azam-azam lama. Baru atau lama tidak penting, bahkan bukan skala penentu berjaya atau tidak tahun yang sudah. Terlebih penting, setiap daripada kita punya kesedaran untuk mengubah (baca: berhijrah) diri ke tahap yang lebih bagus. Baik daripada segi keduniaan (habiskan pengajian Master, tingkatkan tabungan, naik pangkat, bergelar Puan dan Tuan dsb.), mahupun ukhrawi (bertaubat daripada dosa-dosa, menjadi insan lebih beriman, utamakan solat, jadi anak soleh solehah, suami isteri mithali dsb).
Asal sahaja anda ada niat begitu, angkatkan tangan kanan, bawa ke bahu kiri dan tepuk beberapa kali, ucapkan syabas pada diri-anda masih insan normal kerana insan itu sejak azali mahukan perkara yang lebih baik daripada yang baik.
Namun andai niat itu disertai azam tinggi untuk menjadikannya realiti, sertailah ia dengan ucapan InsyaALLAH-setiap yang kita kehendaki segera belum tentu bagus disegerakan pada pandangan Yang Punya Rencana.
Jika suatu hari ia terlaksana, usah lupa luahkan Alahmdulillah atas kurniaNya.
1430H..ini titik mula langkah baru kita semua..Ayuh!
salam hijrah
BalasPadam