Teringat zaman 'ribena' dulu, saya sangat suka dengan outdoor games. Main kejar-kejar, main aci patung (freeze), polis centri, tun nusuk (menyorok) dan tak lupa main baling selipar (baca: lempar kasut).
Ingat tak macamana main baling selipar? Dua kumpulan; satu penyerang dan satu lagi dengan misi bina semula tugu selipar. Penyerang akan cuba 'matikan' lawan dengan membaling bola (kalau ada) atau lagi best baling je selipar khas ke badan lawan. Part baling dengan selipar yang syoknya. Buk! Silap-silap senak dada dibuatnya.
Tak sangka, permainan ni dah ada di internet dan seramai 4, 405, 016 orang seluruh dunia dah main permainan ni (151208 - 191208 setakat 12:32 pagi). Siap jadi most popular outgoing link lagi!
Kalau nak belajar macamana nak main, boleh tengok DIA ni main.
Jom, siapa nak join main BALING SELIPAR!
hahahah...aku dulu pun suka main ni...rasanya dah puas kot main..omputih baru belajar nak main...tu pun orang iraq yang ajaq...:D
BalasPadamhuhu..brape dpt skor zue??
BalasPadam