Tikaman dalam hati

Sakit hati...cukup dua perkataan menggambarkan perasaan saya tika ini. Lahir daripada tekanan-tekanan daripada tempat menggali ilmu di bangunan hospital ini.

Sakit hati...risau saya memuncak andai ia jadi barah dalam diam...merudum nilai kualiti diri

Sakit hati...saya hadam tergesa-gesa, lantaran masa terlalu cemburu. Moga ia hadam langsung disingkir jauh-jauh daripada hati.

Malam tadi, tidur saya dikelubung mimpi (setelah berbulan-bulan tidak mampir). Mimpi yang mengejutkan saya ke alam nyata dengan tercungap-cungap lelah bernafas. Mimpi mengejar satu entiti benar-benar merenggut daya tenaga saya sepanjang hari. Kala ini, saya masih belum menafsirnya, argh untung-untung mainan tidur. Sakit hati itu benar-benar mengelabui jiwa.

Saya mahu pulang ke titik asal, menilik diri, mengapa begini? Moga penghulu hari esok, saya tersenyum walau dalam walah-kerana saya telah tendang jauh-jauh sakit hati itu dalam mimpi malam ini.

Tuhan pengurnia hati suci, izinkan peminjam ini memulangkannya kembali nanti-hati suci, tiada sakit lagi di hati.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Makhluk bagi komen