Malam Seribu Cinta, 15 November 2008, Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Malaya
Teman karib; Cik Ummu Hani yang manis beroleh penghormatan(pengalaman) berharga untuk membedah novel dwilogi Ketika Cinta Bertasbih.
Terasa nikmat menyicip madu daripada Sang Pencinta, selesai acara saya berpeluang minum malam (menemani Ummu) bersama-sama Kang Abik (acara selesai jam 1.00 pagi!). Walau jelas kelelahan (baru saja tiba daripada Cairo, terus ke majlis tersebut), beliau masih upaya melayan pertanyaan demi pertanyaan. Cerita-cerita hati beliau akan saya tulis kemudian kelak, InsyaALLAH.
Setia menunggu sehingga jam 1.00 pagi
Sehari disihir cinta, 16 November 2008, Hotel Residence @ UNITEN
Kemanisan madu terus saya cicip keesokan harinya. Bengkel Penulisan Novel bersama Kang Abik anjuran Akar Bina Training & Consultancy berlangsung sehingga lewat petang. Yang mengujakan tentulah kesediaan beliau berkongsi rahsia bagaimana Ayat-ayat Cinta menyihir jutaan pembaca.
Curahan ilmu
Terima kasih daun keladi buat En. Hafiz; Pengarah Urusan Akar Bina Training & Consultancy di atas jemputan yang tak ternilai ini.
Sehari suntuk menadah ilmu,peserta-peserta tepu dengan ilmu-ilmu sihir Kang Abik. Bengkel berakhir dengan pelbagai pesanan beliau.
Secara khusus ilmu-ilmu dan pesanan beliau akan saya titip di lain waktu, InsyaALLAH. Tertanam juga azam untuk mula bertatih menulis kembali (saya cuma menulis cerpen dan puisi di kala menyarung seragam sekolah dahulu). Apa yang pasti, sedikit sebanyak ilmu yang tercurah pasti berguna untuk penulisan tesis Master saya (ugh..sepatutnya sudah mulai menulis ni).
Malam itu, buat pertama kali sejak dua bulan yang penuh tekanan ini, saya tidur dengan senyuman manis bak madu =>
Apa yang boleh saya katakan selain...ALHAMDULILLAH
Kredit buat Akar Bina Training & Consultancy
BESTNYEEE
BalasPadamsalam kak faiza...
BalasPadamwaaa bestnyer kak..
tak sabar nak tunggu ilmu2 dan pesanan2 tue..dari kang abik..hehehehe..
moga dapat share bersame...
ayat2 cinta one of my favourite novel.....
luv it very much....