Laksam Bikinan Sendiri

Dek kerana obsesnya saya terhadap S5is, setiap perkara hidup seboleh mungkin mahu di abadi sebanyaknya.

Test..test...

Pakat jamah ya laksam buatan saya



Oleh kerana teruja dengan bau laksam, saya terlupa untuk memeriksa kualiti gambar
Mengikut pusingan jam dari kiri; 1-laksam sebaik saja dikeluarkan daripada periuk, 2-setelah sedikit sejuk, ia digulung dan dipotong, 3-set lengkap laksam tapi tanpa belacan, 4-sepinggan laksam untuk makan tengahari =>

Sedap tak?
Err...jawab jujur dalam cuak adik bongsu saya, Hanan...."Dop" <---Ya, saya org Teganung..org Hulu lagi => (mean: Tak)

"Nawok ah! Che ibu pulok rase" (baca: Tipu la! Cuba ibu pulak rasa)

"Betullah. Masam Ngah. Macam ge santan lama" (ge=seperti) <-----jawapan menggunakan bahasa Melayu hampir standard oleh Cikgu Hasnah, Cikgu Senior Bahasa Melayu Hulu Terengganu)

"O'oh ye ah. Padang pong! Ang0h gi ziaroh Mokcik Nor takdi. Satang tingga dalang kete lame" (Ooo ye lah. Patutla! Angah ziarah Makcik Nor tadi. Lama tinggalkan santan dalam kereta). Makcik Nor adalah balu arwah Pak Jalil

Terkulat-kulat dibuatnya...

Cancel hajat murni nak hulur sebekas Laksam untuk adik Faris sekeluarga (Ang ....tegok air liur deh!)

Anyhow, sebelum turun daripada rumah untuk ke stesen bas Bandor (org Teganu kalu sebut Bandor, maknenye Kuala Terengganu.K?)..sempat lagi saya buru-buru habiskan 'setambun'g laksang dalang pinggang (Maaf Cikgu Nah hehe...)

Psst...Adala 2 manusia kat rumah tu sibuk dok promote pandai masak nasi jagung dan nasi susu yang sedap..tapi hampeh! Sampai tika ni pun takdenya nak deme tu masakkan...kelentong je kot?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Makhluk bagi komen