Tuhan Ramadhan...izinkan aku

Ramadhan kareem
aku pingin jadi pohon kekar
berakar jauh mencengkam
andai angin taufan menyergah
tidak mahu aku pasrah
biar aku tawan bukan sekadar lawan
biar aku teguh bukan sekadar kukuh

Ramadhan kareem
dengan berkat malam-malammu
memeluk hatiku erat
dalam dakap, ratibku mengharap
Tuhan Ramadhan rapat mendakap









Ayat Quran ditulis Allahyarham sebaik bangkit daripada mimpi bermaksud; "Katakanlah, tidak akan menimpa kami kecuali apa yang telah ditetapkan Allah ke atas kami, maka bantulah kami terhadap golongan kafir"

Diselang-seli cengkerik bertasbih
disetiap titis embun bertahmid
ratapan menggunung
mengharap ampun belas Ya Rabb

Tuhan Ramadhan
izinkan kami
cahayamata ayahanda
berbekal akhlak soleh solehah
menyisip untaian doa
bekal ayahanda di perkampungan sana

Tuhan Ramadhan
izinkan aku
menyicip kasih
larut dalam dakap eratMu

aku mohon dengan sangat

Faiz Faiza@Angah
16 Ramadhan 1429
HUKM Cheras

4 ulasan:

  1. salam faez yang tabah,
    puitisnya puisi tu. Moga kalian terus cekal menjadi pedoman pada sahabat lain termasuk ummu.

    BalasPadam
  2. salam faiz...
    moga faiz dipasakkan pada umbi ketabahan..
    dan ditanamkan sejuta kecekalan..
    dia lebih disayangi-NYA..

    BalasPadam
  3. ummu dan riza,
    ameen doa kalian.
    syukranlak.

    BalasPadam
  4. amin...

    selamat Berpuasa... semoga segala ibadah kita diterima oleh Allah SWT, amin...

    saya membuat tulisan tentang "Benarkah Kita Hamba Allah?"
    silakan berkunjung ke:

    http://achmadfaisol.blogspot.com/2008/09/benarkah-kita-hamba-allah-1-of-2.html
    (link di atas adalah tulisan ke-1 dr 2 buah link benarkah kita hamba Allah?)

    Apakah Allah juga mengakui bahwa kita adalah hamba-Nya?

    semoga Allah menyatukan dan melembutkan hati semua umat Islam, amin...

    salam,
    achmad faisol
    http://achmadfaisol.blogspot.com/

    BalasPadam

Makhluk bagi komen