Catatan Perjalanan ~ 16 jam ber'keretapi' dari KL ke Pasir Mas

Ide datang daripada ibu apabila tiket2 bas ke Kuala Terengganu dan Kuala Berang untuk 080808 habis terjual pada 040808 lagi. Memikirkan 2 beg troli yang sangat berat berisi 79.5meter kain langsir utk hari raya dan sambutan hari bahagia Along, aku tidak berfikir panjang. Berbekalkan RM51, aku membeli tiket kelas 2, katil (tak nak merasa sakit belakang duduk lama di atas kerusi keras KTM). Memeriksa tiket di tangan,owh..perjalanan bermula jam 8.30malam, 080808 di KL Sentral dan dijangka sampai di Pasir Mas keesokkan pagi jam 9.19 (vava lebih daripada 12 jam perjalanan!). Tak sabarnya, 1st time ni!

080808-Setelah jam 6.30 petang baru pulang daripada tempat kerja aka belajar. Alamak, jam teruk di kedua-dua belah arah federal highway! Cilok sana cilok sini, bersiap seadanya secepat mungkin dan solat Maghrib seawal waktu, naik teksi, naik Putra LRT (Oooo...pemandu teksi mengatakan bahawa jalan menuju ke KL Sentral masih jam teruk and we can't arrive on time. Dalam menahan debar menaiki LRT, aku membuat panggilan ke somebody being called Master (aku agak dia driver train). Aku memberitahu yang aku dalam perjalanan ke sana. Tau apa dia jawab?Hnss..."Yang saya tau keretapi ni akan bergerak tepat jam 8.30. Tu je yang saya nak beritahu, OK." Buang kredit tul la. Just imagine I carried (angkat, bukan tarik) those troly bags along the ways to platform. 'Mengayak-ngayak' aku rempuh orang dengan 2 beg troli tuh!

Semput dibuatnya!

8.35malam-keretapi mula meninggalkan platform. Okey, journey begun!

Sebaik menghenyak katil (mmm..empuk jgk la..xkeras sgt-selesa), seorang makcik menyapa aku. Memnyambut huluran salamnya, aku memperkenalkan diri. Borak dan borak. Ini serba sedikit details makcik tu:
  • makcik ni isteri kepada pesara polis
  • dah 17 tahun menetap di Gombak.
  • tapi hati still di Pasir Mas
  • balik kg. sehingga raya
  • siap bekal ubat satu plastik besar (ubat untuk sakit warga tua-jantung, kencing manis & darah tinggi..ALLAH...)
  • berbadan lebar (ala ala makcik la), berkulit jenis 'ore Kelate'-putih
  • mmm nama..err, lupa (ceh, punya byk topik berborak, ble lupa lak nama acik ni...meh nak 'tembak'- Wan Rosiah kot..ntah, cam kena je huhu)
  • memang naik 'ketapi' ni rutin dia (dialog dia "dah tuo ni kee...lengoh serbo serbi..gak amik tepak tido, legola...")

Berborak bukan dengan makcik Wan Rosiah jer. Kabin sebelah makcik, seorang rijal(pemuda) berbaju merah. Serba sedikit details dia:

  • Orang Perak
  • 12 tahun mencari rezeki di KL
  • Kerja dia?kata dia tukang urus2 makanan (aku: ??? amande ni?)
  • Di Hotel Concorde (chef ke dia ni..bestnya..dapat makan FREE!)
  • rambut berketak-ketak, berkulit sawo matang (orang Melayu la katakan..)
  • akan turun di Tanah Merah, dan kakak akan menunggu di stesen (Ooo..gi rumah kakak kot)
  • pun 1st time naik 'ketapi'
Oh ya...'brader' cafe sibuk menolak troli makanannya. "Makanan kak, meehun ada, nasi lemak ada." Uish jajan pun ada, air pun. Not RM4.00 bertukar tangan. Malam tu, perut yang tengah brakedance dijamu dengan mee goreng (siap ada telur goreng, sehiris timun, rencah fishball dan ayam, k pe?)

Sambil makan, sambil baca paper Berita Harian. Muka ke muka baca. Iklan pun! Betul..'dok nawok ning!'. Jom gi Qasar Isya'.









Hmm..nantikan cerita penuhnya...

4 ulasan:

  1. 12 jam..
    lama tu..
    kurang sejam dari flight merentasi pacific ocean dr HK ke LA..
    tp kak ngoh at least blh tido dlm train

    BalasPadam
  2. tu br jangkaan la an...sbnrnya 16jam pjlnn!nati, tggu kngoh abih tulih deh..

    dh wakpe dok kuo2 rumah ank bjg cikgu wahab ning??kngoh jnguk2 kot2napok ang-napok adik jer

    g mula bile?

    BalasPadam
  3. lol
    ada kat US doh la le ni
    marin baru smp

    BalasPadam

Makhluk bagi komen