31 Julai, 2008 19:16 PM

Raja Nazrin Garis Ciri Kepimpinan Yang Diinginkan Generasi Muda

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Generasi muda rakyat Malaysia yang semakin berilmu dan bertenaga inginkan kepimpinan yang lebih bermoral, terbuka, adil dan saksama (bersih dari rasuah, komplot dan skandal), demikian menurut Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah.

Mereka mahukan pemimpin yang berani melintasi garisan puak dan yang bergantung kepada kewibawaan intelektual dan moral bagi mendapat dan mengekalkan sokongan, bukannya semata-mata kepada kuasa dan naungan politik (bukan kau kau, aku aku), titah baginda pada Pidato Tun Dr Ismail kali ke-17 pada Kongres Perubatan Malaysia-Singapura ke-42 di sini hari Khamis.

Menurut Raja Nazrin, satu daripada kekuatan Malaysia ialah pergantungannya kepada kepimpinan yang berkesan, yang dapat memberikan perkhidmatan kepada rakyat (berkhidamt untuk rakyat bukan rakyat berkhidmat untuk mereka).

"Ini merupakan satu daripada sumber penerimaan pemimpin selain daripada populariti.

"Proses kepimpinan yang terbuka dan menyeluruh telah menyebabkan Malaysia menjadi satu contoh untuk pembangunan.

Negara-negara lain mungkin ada tetapi pencapaiannya tidak seberapa," titah baginda.

Baginda melihat Allahyarham Tun Dr Ismail sebagai seorang pemimpin dalam gelombang pertama kepimpinan negara yang menunjukkan satu tahap kewibawaan yang tiada tolok bandingnnya.

"Saya yakin pemimpin-pemimpin seperti ini akan muncul di masa depan," titah baginda.

Raja Nazrin bertitah negara-negara di dunia pada masa ini memerlukan pemimpin yang berusaha agar pengikut mereka mempunyai impian lebih tinggi, nilai lebih murni dan tingkah laku lebih baik (sentiasa mendorong kepada kemajuan bukan menyempitkan pandangan).

Mereka ini akan menggalakkan penyokong mengetepikan kepentingan diri yang sempit, sebaliknya akan berkhidmat untuk kebaikan, selain akan menggerakkan rakyat untuk menghadapi, dan bukannya mengelak, realiti dan menangani masalah sukar serta membuat keputusan yang berat, titah baginda. "Kepimpinan ini tidak lari daripada masalah yang sukar dengan menawarkan penyelesaian yang palsu," titah baginda (bukan buka lubang tutup lubang).

Menurut Raja Nazrin, pemimpin masa kini perlu mempunyai kuasa lembut kerana kuasa keras, walaupun masih diperlukan untuk tujuan mengawal keadaan, kurang wajar dalam menangani dunia yang semakin kompleks dan saling bergantung.

"Kita sudah biasa dengan kuasa keras. Bagi kerajaan, ini termasuk kemampuan memerintah, menghukum, mempertahankan dan menyerbu (ISA, OSA, AUKU dll). Bagi syarikat, ianya adalah kuasa untuk melantik dan memecat.

"Sebaliknya, kuasa lembut, menetapkan agenda, bersifat memujuk, menetapkan pilihan dan menggalakkan tindakan sukarela," titah baginda (pendekatan berkesan) .
Baca dan kaji;

Satu lagi ukuran penting bagi kepimpinan, menurut Raja Nazrin, ialah moral dan kesaksamaaan (justice for all, no scandal).

"Masyarakat kini meletakkan standard yang lebih tinggi untuk pemimpin berbanding di masa lampau apabila mereka tidak ada pilihan kecuali menerima mereka," titah baginda.

Raja Nazrin bertitah bahawa pemimpin mesti menjadi contoh kepada pengikut masing-masing daripada segi pegangan nilai yang baik (pimpinan melalui teladan-pemimpin shuu shuu berdiri, pengikut shuu shuu berlari) .

Satu lagi ciri yang baginda gariskan ialah kemampuan pemimpin untuk mendengar (bukan masuk kanan keluar kiri ye).

"Apabila idea dan pandangan mereka dipertimbangkan, penyokong merasakan mereka turut menyumbang kepada kepada keputusan yang dibuat oleh pemimpin mereka.

"Perbincangan amat penting kerana, tanpanya, pemimpin tidak dapat membuat keputusan yang objektif," titah baginda (muzakarah, muhabalah dll.).


Susah ke pemimpin-pemimpin kita nak bersusah untuk kesenangan rakyat (kita)?-tak susah rasanya. Jadi kenapa terlalu senang rakyat bersusah payah untuk senang mereka (pemimpin)?-kaya pemimpin kerana miskinnya rakyat. Just my honest 2cent

-- BERNAMA


*Tulisan berwarna adalah pandangan peribadi penulis
**Kartun diambil daripada nicholsoncartoons

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Makhluk bagi komen