Lambaian Kaabah-usaha tanpa asa

Dedikasi khas untuk Cik Ummu yang manis.

Manisnya minggu ini, bulan ini kepada
Cik Ummu bagai madu gred A.

Mendengar khabar yang dibawa pulang oleh Mas dari Makkatulmukarramah; melihat kelibat Cik Ummu di sana menerbitkan rasa takjub aku; SUBHANALLAH. Undangan ke sana untuk Cik Ummu pada hemat aku bakal jadi kenyataan.

Dengan keputusan rasmi yang diterimanya; memenangi HSKU 2007 melalui bahasa rindunya hal Baromkeh dan buak geram bergemuruh dalam nafas Qunaitra menambah yakin aku bahawa usaha tanpa putus asa itu membuahkan hasil yang cukup manis untuk dikecapnya.



Cik Ummu diapit (bukan terhimpit) semasa Bicara Sastera Underground vs Sastera Islami yang lepas

Ditambah dengan drama MAHSURI hasil garapannya bakal menyusul di kaca tv. Cepat-cepat, pelakon tambahan diperlukan.

Betullah Cik Ummu, madu ini cukup manis untuk dikecap. Sampai kami warga Anjung Zahra' turut dapat mencicipnya nikmat usaha tanpa asa. (Bila mau pulang, jangan lama-lama meminggir)

Cik Ummu yang manis, teruslah menuai dan bersabar.

p/s: Andai nanti pasti ke Mekkah, jangan lupa Cik Faiz Faiza mau mencicip doa sepotong dua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Makhluk bagi komen