BATTERY KONG, NEED TO RECHARGE!


Ini bukan rumah saya. Chalet antik utk di sewa. Lokasi: Kuala Berang, Terengganu.
Utk sesiapa yg mencari damai atau merancang utk memancing di Tasik Kenyir,
silakan utk menyewa. Contact saya aja deh!

Dulu tika menyandang gelaran keramat siswi um, 'term' ini cuma berlegar di sekitar saya pabila terasa ada lompang hadir di dalam kantung baju.

Namun sekarang, 'battery kong' memberi erti jiwa saya kosong, sesak dgn kerja2 penyelidikan cacing, senak dgn karenah manusia2 di tingkat 7, dan kering rohani...maka itu signal jelas bahawa battery need to recharge.

Saya perlu pulang sebagaimana renang seluang pulang ke lubuk. 'Paling koman, sekali sebulan balik'-itu janji pd diri yg dah sy tunaikan minggu lepas. Itupun setelah saya sedari bukan bateri saya shj yg perlu dicaj, IbuAbah juga perlu...

Merenung wajah tenang IbuAbah, meladeni cerita2 seputar oleh reporter tak berlesen; Adah dan Anan, mengusik Aby si empunya lentik bulu mata dan mengajar Achik 1, 2 buah dan bunga silat...Oooya! jg sok-sek dgn miss Along ttg Ateh yg semakin mendamaikan hati semua...(Alang & Anik-walau tiada di mata kami, terasa masih terngiang2 syarahan Anik dan jeritan Goolll!!! Alang =))

Usrati
Alhamdulillah..melaut pujian buatMu Ya Rabb. Menganugerahkanku usrah yg memunculkan ketenangan, melahirkan kekuatan buat insan bergelar anak@Angah@Faiz Faiza@NFJ.

ooo OK battery full!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Makhluk bagi komen