TULUS HATI SEORANG KAWAN



Saya cuma mahu bercerita.....


Kalau nak lihat betapa tulusnya erti persahabatan, selalulah mengintai indahnya jalinan antara anak-anak kecil (baca: adik-adik).





Last week Wina, seorang pelajar darjah 2 SK Tapah on air di radio RTM Trg. berkaitan kemenangan dia dlm pertandingan bercerita peringkat negeri (teringin nak dengar kepetahan adik ni). Di akhir temubual, Dj memberi ruang luas utk si adik ni utk menyampaikan ucapan.


"Saya nak tujukan ucapan ini kepada mak, abah dan Hanan, kawan baik saya"


"Lagi?Kwn2 lain?"


"Takde"huhu...kalau dah namanya kwn setia..nama lain xterlintas nak disebutnya.





Alasbab itu Dj meminta adik ini menjemput kwn baiknya, Hanan ke konti utk minggu seterusnya.





Maka Hanan (dgn semangat menggunung ni) beria-ia mengajak kakak sulungnya ke pasar semata2 utk membeli sepasang jam tangan Barbie (sepasang ye...berlainan warna. satu utk dihadiahkan kpd kwn baiknya-mungkin atas pelawaan istimewa utk ke konti @ krn perasaan ingin 'bersama'.





Tulusnya hati kanak2





Andaikata hati2 kita semua setulus hati mereka...mungkin kita tidak akan faham apa maksud tikam belakang!





pantun ni saya reka2 utk si Hanan yg bsungguh2 mcari idea utk mereka pantun (kapal layar de sauh ke?)





kapal layar melabuh sauh
saya duduk di kg pauh







apa2pun moga2 Hanan dan Wina menempuh pengalaman berharga esok pagi (9.15) di konti RTM Trg =))

1 ulasan:

  1. Assalamu'alaikum,

    Ni kisah adik sendiri ke?

    Tu la...
    alangkah indahnya hidup dalam budia kanak2. Tiada perasaan dendam yang membara. Contohnya, si anak kecil merajuk dengan ibunya, lalu berkata "taknak kawan mak", kurang 5 minit kemudian, datang meminta susu pada si ibu.

    Tapi sayang,
    Makin kita dewasa, persekitaran mengajar kita cara untuk berdendam. Ditambah dengan syaitan sebagai "catalyst", amat cepat kita menyerap sifat tersebut.

    Semoga kita dijauhkan daro sifat yang keji itu. Amin...

    BalasPadam

Makhluk bagi komen