BIARLAH RAHSIA DIDEDAH!!! Tun xlena tido sian...

Dokumen rahsia didedah -- Kerajaan jawab dakwaan Mahathir isu jambatan bengkok

Oleh: MUSTAFA KAMAL BASRI dan FAUZI JAAFA

KUALA LUMPUR 14 Julai - Kerajaan menjelaskan bahawa tawaran penggunaan ruang udara Malaysia kepada Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) dibuat sendiri oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad semasa beliau menjadi Perdana Menteri.


Siapa sangka dulu masa Tun di atas semua orang angguk2 (baca terpaksa angguk2). Bila dia dah di bawah takde yg nak mengangguk apa yg dia kata (malah dilabel membebel).

Siapa sangka perjanjian yg termeterai dulu zaman Tun rupa2nya lain macam bunyinya (tawaran penggunaan ruang udara sebagai pertukaran trade-off perjanjian)

Sekarang siapa yg ternganga-pastinya rakyat macam kita ni!

Semua ni buat aku tfikir, gamaknya berapa banyak lg maklumat yang dilindungi di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 yang boleh membuatkan kejang segala macam otot2 kita, itupun kalau diklasifikasikan semula dan diluluskan untuk tatapan umum. -Jangan le ada yg pelik2, harap2 kabinet Pak Lah telus seperti dicanang2.


Syed Hamid Albar kata ‘‘Namun perlu saya jelaskan, bukan niat kerajaan mengeluarkan buku tersebut untuk mencari salah siapa atau membuat dakwaan balas sebaliknya hanya untuk membentangkan kepada rakyat fakta-fakta yang ada,” jelasnya.

Syed Hamid menambah, beliau sentiasa berdoa kepada Allah supaya pertelagahan pendapat antara Dr. Mahathir dan kerajaan khususnya membabitkan hubungan dengan Singapura tidak berpanjangan.

Aku pun doa macam tu la...moga masa depan Malaysia berada di bahu golongan yg afham maklum dan redha dgn Dinul Islam.

Amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Makhluk bagi komen